Asas Php : Menjana arahan php dan apa maksud command echo

on 04 July 2013

Kali ini kita pelajari perkara-perkara asas bagi menjana arahan php kepada server kita. Sebelum webserver menjana arahan php yang kita programkan (rujuk contoh di arahan php pertamaku) , ada 3 perkara utama yang perlu ada.

1) Semua fail perlu dalam format .php . Jika menggunakan extension html/htm webserver php kita tadi akan buat tidak tahu pada fail ini. Jadi pastikan simpan fail dalam format .php

2) Kod php kita mesti dalam tag <?php dan ?> . Setiap arahan php yang kita gunakan mesti dimulai dengan <?php dan ditutup dengan ?>. Jika tiada ini, enjin php webserver kita tak memproses arahan tersebut.

3) Setiap baris atau akhir kod kita mesti diakhiri dengan semicolon ( ; ) . Jika tidak pasti kita akan terima mesej error atau ralat. 

3 perkara ini perlu ada, boleh rujuk semula arahan php pertama yang ditunjukkan sebelum ini. Adakah memenuhi 3 keperluan utama ini.


Arahan PHP Echo

Arahan echo akan memberitahu PHP untuk mengeluarkan atau memaparkan sesuatu ke skrin. Perlu diingat bahawa PHP boleh digunakan bersama-sama dengan HTML, tetapi kita tidak menunjukkan kod dalam contoh ini, untuk memastikan ia mudah difahami :

<?php 'SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA' ?>

(Saya benci contoh "Hello World" yang selalu setiap buku di dunia gunakan, jadi saya menggunakan "SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA" :) )

Mari kita lihat contoh arahan di atas satu demi satu. Ia lebih membantu apabila anda perlu melihat kod PHP yang lebih banyak ...
 


<?php  = memberitahu server untuk memproses ini sebagai kod php 

echo “SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA” ;  = memberitahu server untuk memaparkan apa yang ada di dalam " " di skrin, dan semicolon bermaksud kod php itu berakhir di situ.

?> = memberitahu webserver, "OK, koding PHP saya berhenti sekarang. Kembali ke HTML  semula". 

Agak mudah faham kalau kita melihat ia cara itu kan? jadi bila anda janakan fail php tadi ayat "SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYAakan dipaparkan di browser anda tanpa tanda ".

Jika anda ingin memaparkan tanda " bersama ayat tadi ,boleh tambah kod dinamakan "escaping" atau  \".

Contoh <?php  "\"SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA\""; ?>

Dengan kod \ " kita memberitahu PHP yang kita mahu tanda " untuk dipaparkan. Kita akan menggunakannya kemudian nanti.

p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Belajar PHP Belajar MySQL All Rights Reserved