Penggunaan Pemboleh ubah (variables) dalam php

on 06 July 2013

 Pemboleh ubah dalam PHP, sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai.. Ataupun seperti perumah di mana kita mengumpukkan sesuatu  nilai untuk kita gunakan secara global. Pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Ia boleh mewakili teks, nombor, pengiraan, dan banyak lagi.
 

Penggunaan pembolehubah dalam php merupakan sesuatu yang penting bagi memudahkan, meringkaskan dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu coding.

Cara kita isytihar sesuatu pemboleh ubah dalam php sangat mudah. Pastikan sesuatu nama pembolehubah sentiasa rapat (satu perkataan) atau anda boleh gunakan under score ( _ ) jika ingin gunakan 2 patah perkataan. Contoh pengisytiharan seperti berikut :


<?php

$nama_cikgu = "Aminah";

$kelas = "2 Matahari";


?>

Contoh di atas menunjukkan pembolehubah hendaklah dimulakan dengan dollar sign ( $ ) kemudian diikuti dengan nama pembolehubah tersebut. Kemudian nilai permulaan yang hendak diumpukkan ke dalam pemboleh ubah tersebut seperti contoh $nama_cikgu sama dengan 'Aminah'. Jadi pembolehubah nama_cikgu sekarang memegang nilai Aminah. 


Apakata kita paparkan 2 pembolehubah di atas dalam 1 ayat. Contoh seperti di bawah:

<?php

echo " Nama cikgu saya Cikgu ".$nama_cikgu.". Saya belajar di kelas ".$kelas.".";

?>

Daripada coding di atas paparan pada skrin anda akan jadi seperti berikut:

Nama cikgu saya Cikgu Aminah. Saya belajar di kelas 2 Matahari.

Sifat pembolehubah boleh berubah-ubah. Jadi anda boleh tetapkan nilai baru bagi pemboleh ubah tadi seperti contoh ini.

<?php

$nama_cikgu = "Aminah";
$kelas = "2 Matahari";
echo " Nama cikgu saya Cikgu ".$nama_cikgu.". Saya belajar di kelas ".$kelas.".";

$nama_cikgu = "Shahrukh Khan";
$kelas = "2 Menari";

echo "Tetapi saya lebih suka belajar di kelas ".$kelas." kerana guru kelas itu adalah cikgu ".$nama_cikgu.".";



?>
Cuba anda janakan coding di atas dan lihat hasilnya. :) Jumpa lagi.

p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Belajar PHP Belajar MySQL All Rights Reserved