Penggunaan Pemboleh ubah (variables) dalam php dan fungsi date()

on 06 July 2014

Contoh penggunaan pemboleh ubah dalam php yang selalu digunakan adalah memaparkan tarikh hari ini di website anda. Contoh skrip yang digunakan seperti di bawah.

Memaparkan tarikh semasa/hari ini di website.

<?php
$today = date("F j, Y");
echo '<b>Tarikh Hari ini :</b> '."$today";
?>

Skrip di atas menggunakan pembolehubah $today. $today ditetapkan pada tarikh semasa dan tarikh tersebut dipaparkan menggunakan command echo untuk paparan di skrin. Contoh paparan seperti berikut:

Anda boleh cuba janakan arahan php yang diberikan cuba ubah cara paparan di skrin mengikut kreativiti anda.

Selain digunakan untuk memaparkan tarikh semasa, arahan date() juga sangat fleksibel untuk kegunaan lain. Lihat senarai fungsian di bawah bagi arahan date() dalam php:

The DATE command

Expanding on the above example, here are the options for DATE and TIME display:

Time:
a: am or pm //paparan am/pm huruf kecil
A: AM or PM //paparan AM/PM huruf besar
g: Hour without leading zeroes (1-12) // paparan jam tanpa bermula dengan 0
G: Hour in military time without leading zeroes (0-23) // paparan jam mengikut kiraan 24 jam tanpa bermula dengan 0
h: Hour with leading zeroes (01-12) // paparan jam dengan permulaan 0
H: Hour in military time with leading zeroes (00-23) // paparan jam mengikut kiraan 24jam dengan bermula 0
i: Minute with leading zeroes (00-59) // paparan minit dengan permulaan 0
s: Seconds with leading zeroes (00-59) // paparan saat dengan permulaan 0

Days:
d: Day of the month with leading zeroes (01-31) // paparan haribulan dengan permulaan 0
j: Day of the month without leading zeroes (1-31) // paparan haribulan tanpa permulaan 0
D: Day of the week abbreviations (Sun – Sat) // paparan nama singkatan hari dalam seminggu (inggeris)
I: Day of the week (Sunday – Saturday) // paparan nama penuh hari dalam seminggu (inggeris)
w: Day of the week without leading zeroes (0-6) // paparan hari keberapa dalam seminggu tanpa bermula dengan 0
z: Day of the year without leading zeroes (1-365) // paparan hari keberapa dalam tahun tanpa bermula dengan 0

Months:
m: Month of the year with leading zeroes (01-12)// bulan semasa bermula dengan 0
n: Month of the year without leading zeroes (1-12) //bulan semasa tanpa 0
M: Month abbreviations (Jan – Dec) // singkatan bulan semasa (inggeris)
F: Month names (January – December)//nama bulan semasa (inggeris)
t: Number of days in the month (28-31) // bilangan hari dalam bulan semasa

Years:
L: Displays 1 if it is a leap year, 0 if not // paparan 1 bagi tahun lompat, 0 bagi tahun biasa
Y: Year in 4-digit format (2006) // paparan tahun dalam 4 digit
y: Year in 2-digit format (06) // paparan tahun dalam 2 digit

Other Date Formats:
r: Full date, including timestamp and timezone offset (O) //paparan tarikh penuh termasuk masa
U: Number of seconds since the Unix Epoch (Jan. 1, 1970)//
O: Offset difference from Greenwich Meridian Time (GMT). 100 = 1 hour, -100 = -1 hour //perbezaan dengan masa Greenwich Meridian Time dalam jam
 

Anda boleh gunakan panduan di atas untuk memaparkan format tarikh yang berbeza. Contoh saya ingin memaparkan tarikh, masa, dan hari.

<?php
$today = date("j F Y, G:i:s l");
echo '<b> Hari ini :</b> '."$today";
?>

Paparan akan keluar seperti dibawah :





Sekian untuk kali ini. Post seterusnya kita akan lihat bagaimana cara memaparkan 2 variables dalam 1 masa.


p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis kemaskini penulisan ini. Terima kasih.

Penggunaan Pemboleh ubah (variables) dalam php

on 06 July 2013

 Pemboleh ubah dalam PHP, sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai.. Ataupun seperti perumah di mana kita mengumpukkan sesuatu  nilai untuk kita gunakan secara global. Pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Ia boleh mewakili teks, nombor, pengiraan, dan banyak lagi.
 

Penggunaan pembolehubah dalam php merupakan sesuatu yang penting bagi memudahkan, meringkaskan dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu coding.

Cara kita isytihar sesuatu pemboleh ubah dalam php sangat mudah. Pastikan sesuatu nama pembolehubah sentiasa rapat (satu perkataan) atau anda boleh gunakan under score ( _ ) jika ingin gunakan 2 patah perkataan. Contoh pengisytiharan seperti berikut :


<?php

$nama_cikgu = "Aminah";

$kelas = "2 Matahari";


?>

Contoh di atas menunjukkan pembolehubah hendaklah dimulakan dengan dollar sign ( $ ) kemudian diikuti dengan nama pembolehubah tersebut. Kemudian nilai permulaan yang hendak diumpukkan ke dalam pemboleh ubah tersebut seperti contoh $nama_cikgu sama dengan 'Aminah'. Jadi pembolehubah nama_cikgu sekarang memegang nilai Aminah. 


Apakata kita paparkan 2 pembolehubah di atas dalam 1 ayat. Contoh seperti di bawah:

<?php

echo " Nama cikgu saya Cikgu ".$nama_cikgu.". Saya belajar di kelas ".$kelas.".";

?>

Daripada coding di atas paparan pada skrin anda akan jadi seperti berikut:

Nama cikgu saya Cikgu Aminah. Saya belajar di kelas 2 Matahari.

Sifat pembolehubah boleh berubah-ubah. Jadi anda boleh tetapkan nilai baru bagi pemboleh ubah tadi seperti contoh ini.

<?php

$nama_cikgu = "Aminah";
$kelas = "2 Matahari";
echo " Nama cikgu saya Cikgu ".$nama_cikgu.". Saya belajar di kelas ".$kelas.".";

$nama_cikgu = "Shahrukh Khan";
$kelas = "2 Menari";

echo "Tetapi saya lebih suka belajar di kelas ".$kelas." kerana guru kelas itu adalah cikgu ".$nama_cikgu.".";



?>
Cuba anda janakan coding di atas dan lihat hasilnya. :) Jumpa lagi.

p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.

String dalam PHP : Belajar Asas PHP

on 05 July 2013

String dalam PHP. Secara amnya, dalam PHP
String adalah mana-mana baris teks yang terkandung dalam tanda petikan. Anda boleh menggunakan tanda petikan berganda (") atau tanda petikan tunggal yang juga dikenali sebagai apostrofi (') dalam string . String boleh dianggap blok bangunan PHP, memandangkan kebanyakan semua data akan datang daripada apa yang ada dalam string. Contoh seperti berikut :




<?php
$double = "quotation marks."; //$double adalah pemboleh ubah di mana string diumpukkan.
$single = 'single quotes.';
?>

Jika anda menggunakan petikan tunggal atau single quotes untuk memaparkan string yang mempunyai apostrofi, pastikan anda menggunakan tanda slash (/) jika mahu ia dipaparkan dalam paparan output anda. Contohnya :



<?php
echo 'Wouldn\'t you like van diesel?';// contoh apostrofi digunakan dengan single quotes 
?> 
Jika menggunakan double quotes anda tidak memerlukan tanda (/) tersebut.
 


<?php

echo "Wouldn't you like van diesel?";

?> 

Arahan khas di dalam String...

Terdapat beberapa "arahan rahsia" yang anda boleh gunakan dalam string untuk memanipulasi teks output:
\ n: membuat baris baru
\ r: pembawa kembali
\ t: tab
\ $: memaparkan tanta dolar - anda perlu ingat bahawa PHP akan mencari pemboleh ubah jika anda menggunakan tanda dolar dan tanpa menggunakan slash  dan automatik ralat akan dipaparkan..



p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.

Asas Php : Menjana arahan php dan apa maksud command echo

on 04 July 2013

Kali ini kita pelajari perkara-perkara asas bagi menjana arahan php kepada server kita. Sebelum webserver menjana arahan php yang kita programkan (rujuk contoh di arahan php pertamaku) , ada 3 perkara utama yang perlu ada.

1) Semua fail perlu dalam format .php . Jika menggunakan extension html/htm webserver php kita tadi akan buat tidak tahu pada fail ini. Jadi pastikan simpan fail dalam format .php

2) Kod php kita mesti dalam tag <?php dan ?> . Setiap arahan php yang kita gunakan mesti dimulai dengan <?php dan ditutup dengan ?>. Jika tiada ini, enjin php webserver kita tak memproses arahan tersebut.

3) Setiap baris atau akhir kod kita mesti diakhiri dengan semicolon ( ; ) . Jika tidak pasti kita akan terima mesej error atau ralat. 

3 perkara ini perlu ada, boleh rujuk semula arahan php pertama yang ditunjukkan sebelum ini. Adakah memenuhi 3 keperluan utama ini.


Arahan PHP Echo

Arahan echo akan memberitahu PHP untuk mengeluarkan atau memaparkan sesuatu ke skrin. Perlu diingat bahawa PHP boleh digunakan bersama-sama dengan HTML, tetapi kita tidak menunjukkan kod dalam contoh ini, untuk memastikan ia mudah difahami :

<?php 'SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA' ?>

(Saya benci contoh "Hello World" yang selalu setiap buku di dunia gunakan, jadi saya menggunakan "SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA" :) )

Mari kita lihat contoh arahan di atas satu demi satu. Ia lebih membantu apabila anda perlu melihat kod PHP yang lebih banyak ...
 


<?php  = memberitahu server untuk memproses ini sebagai kod php 

echo “SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA” ;  = memberitahu server untuk memaparkan apa yang ada di dalam " " di skrin, dan semicolon bermaksud kod php itu berakhir di situ.

?> = memberitahu webserver, "OK, koding PHP saya berhenti sekarang. Kembali ke HTML  semula". 

Agak mudah faham kalau kita melihat ia cara itu kan? jadi bila anda janakan fail php tadi ayat "SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYAakan dipaparkan di browser anda tanpa tanda ".

Jika anda ingin memaparkan tanda " bersama ayat tadi ,boleh tambah kod dinamakan "escaping" atau  \".

Contoh <?php  "\"SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA\""; ?>

Dengan kod \ " kita memberitahu PHP yang kita mahu tanda " untuk dipaparkan. Kita akan menggunakannya kemudian nanti.

p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.

Upload Fail Php Ke server Xampp

on 03 July 2013

Setelah berjaya Install server xampp untuk run aplikasi php, kali ini kita nak cuba upload satu fail php ke server bagi menguji sama ada server xampp kita dah berfungsi atau tidak.

Langkah 1) Pergi lokasi di mana anda install xampp sebagai contoh saya install di Drive D. Saya pergi lokasi D:/xampp/htdocs . Kemudian wujudkan 1 folder baharu dan berikan nama "asasphp" . Contoh gambar di bawah



Langkah 2) Bukak satu notepad dan taip ayat di bawah tanpa tanda " .
"<?php 'SELAMAT DATANG KE APLIKASI PERTAMA PHP SAYA' ?>" .
Kemudian simpan fail tersebut dilokasi yang baharu diwujudkan tadi D:/xampp/htdocs/asasphp dan bagi nama index.php . Pastikan anda tukar ruangan 'Save As Type' kepada All files dan taip index.php pada nama fail tersebut. Sekarang anda akan dapat lihat 1 fail php telah diwujudkan di dalam folder asasphp.

Langkah 3) Bukak Browser yang disukai. Taip ini localhost/asasphp dan tekan ENTER . Pastikan anda telah run server anda. Rujuk semula post Cara Installasi XAMPP di windows.
Paparan browser anda akan dapat dilihat seperti gambar rajah berikut :


Bagaimana paparan ini boleh dipaparkan dan apa maksud ayat yang anda buat tadi akan diterangkan pada posting seterusnya. Asas-asas pengaturcaraan php.


p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.
 
© Belajar PHP Belajar MySQL All Rights Reserved