MySQL ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang berkaitan dengan laman web
serta pembangunan dan penggunaan aplikasi perniagaan. MySQL
memaksimumkan kelajuan, kestabilan dan kepenggunaan, di samping
mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%. MySQL terdapat dalam
kesemua Linux distributions di samping sistem pengoperasian UNIX, Mac OS X dan Microsoft Windows.
MySQL AB
bertanggungjawab membangunkan dan menjual pelbagai pelayan dan aplikasi
yang berkeupayaan tinggi dan harga berpatutan yang berkaitan dengan
pelbagai jenis pangkalan data. Produk syarikat tersebut yang terkemuka
adalah MySQL, pangkalan data sumber terbuka yang terkenal di seluruh
dunia, yang telah mencecah sehingga 4 juta pemasangan. Banyak organisasi
terkemuka di dunia, termasuklah Yahoo!, Sabre Holdings, Cox Communications, The Associated Press dan NASA,
memilih MySQL untuk digunakan di laman Web, aplikasi perniagaan dan
perisian mereka.
MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka, menawarkan dwilesen yang menyokong sumber terbuka dan metodologi nya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan mampu bertahan lama.
MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka, menawarkan dwilesen yang menyokong sumber terbuka dan metodologi nya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan mampu bertahan lama.
Pangkalan data MySQL telah menjadi pangkalan data sumber terbuka yang paling popular di seluruh dunia kerana keupayaannya yang konsisten, stabil, dan mudah untuk digunakan. Ia digunakan dalam lebih daripada 8 juta pemasangan dalam organisasi besar sehinggalah aplkikasi khas yang rumit bagi setiap benua di dunia. (Ya, termasuklah benua Antartika!)
Bukan sahaja MySQL adalah pangkalan data nombor satu dunia, malahan ia menjadi pilihan bagi aplikasi generasi baru yang dibina berasaskan seni bina LAMP. MySQL dijalankan di atas lebih daripada 20 platform termasuklah Linux, Windows, OS/X, HP-UX, AIX, Netware, memberikan fleksibiliti yang memudahkan pengguna mengawal penggunaannya.
Saya tidak akan hurai panjang lebar berkenaan MySQL ini. Apa yang paling penting untuk kita tahu, MySQL tempat kita simpan data-data (Pangkalan Data) kita nanti bila kita dah mula gunakannya.
p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment