Kali ini kita lihat secara mudah apa yang membezakan PhP dan MySQL.
HTML dengan PHP ( Pre-HyperText Processor), kedua-duanya mempunyai satu
persamaan iaitu ianya adalah bahasa programming yang digunakan untuk
membuat laman web. Bezanya cuma adalah dari segi fungsi sahaja.
Dari segi jenis php sebenarnya adalah server side scripting language.
Programming ini memerlukan SERVER untuk mengkompil code yang ada. Bila
kita buka sesuatu laman web yang menggunakan php dan paparkan 'view
source' kita hanya akan dapat melihat kod html sahaja.Ini disebabkan kod
php telah dikompil oleh server dan kemudiannya ia hanya menghantar kod
html kepada web browser.
HTML pula tidak perlukan server untuk dijanakan laman webnya. Anda boleh letak di mana-mana lokasi dalam komputer anda untuk menjana laman web html.
PhP pula dibangunkan untuk paparan yang datanya boleh berubah (dynamic) seperti harga sesuatu barang yang tidak tetap sepanjang masa, membolehkan data disalurkan melalui pangkalan data (seperti MySQL), melakukan proses seperti kira-kira dan sebagainya. PHP digunakan untuk memaparkan dynamic HTML codes. Satu programming yang menyediakan fungsi untuk memproses sesuatu data. PhP digabungkan dengan HTML di mana sebahagian dalam paparan tidak memerlukan perubahan dan sebahagiannya yang melibatkan database.
HTML biasanya digunakan hanya untuk paparan/laman web yang statik (Statik Page), dengan kata lain paparan yang datanya tidak perlu berubah-ubah. Ia hanya mengandungi tulisan2 atau rangkaian link sahaja. Ia tidak menyediakan satu borang (form) yang dihantar untuk diproses. Banyak platform yang dipasarkan untuk membina laman berformat HTML. bahkan kita boleh membangunkan paparan HTML melalui notepad atau pun menggunakan microsoft word (ini yang paling mudah).
Jadi secara mudahnya anda memerlukan webserver untuk menjana laman web php tetapi html tidak perlu. Anda boleh melakukan pelbagai proses melalui php dan menyimpan data ke dalam pangkalan data MySQL. Selepas ini kita akan belajar cara mudah intallasi webserver dalam komputer windows anda.

p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek
daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan
atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis
dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.

{ 1 comments... read them below or add one }
syabas & terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat.
September 19, 2020 at 5:34 AM
Post a Comment