Jika anda rajin dan mahu betul-betul belajar cara yang lebih rumit boleh buat carian bagaimana cara install apache, pangkalan data MySQL dan phpmyadmin satu persatu. Tapi di sini kita nak install server pada komputer kita dengan cara mudah menggunakan xampp.
Xampp adalah pakej yang menggabungkan apache, mysql, phpmyadmin dan beberapa lagi komponen lain. Tapi yang betul-betul kita perlukan adalah 3 yang disebut tadi. Nak tahu apa itu apache dan phpmyadmin, boleh klik apa itu apache dan apa itu phpmyadmin.
Langkah 1 : Download installer xampp di http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html#641 dan simpan di komputer anda. Ambil yang jenis installer ya.
Langkah 2 : Double klik pada fail installer tadi dan pilih lokasi di mana anda hendak simpan folder xampp tadi. Saya lebih gemar memilih drive selain daripada drive C supaya apa-apa berlaku pada hardisk anda data-data laman web anda masih boleh cuba diselamatkan..
Sebagai contoh kita tukar destination folder pada D:\xampp . Kemudian teruskan dengan butang 'Next' sehingga proses installasi selesai.
Langkah 3 : Setelah selesai proses install, anda buka folder xampp yang anda install tadi,contohnya dalam drive D tadi. Klik 2 kali pada xampp-control.exe untuk start kan server kita.
Klik Start pada Apache dan MySQL untuk start kan server seperti paparan di atas. Setelah itu, buka mana-mana browser dan masukkan localhost ada alamat url kemudian tekan Enter. Anda akan dapat paparan seperti di bawah. Ini bermakna anda telah berjaya install xampp. Tahniah.
Untuk cara yang lebih detail , boleh buat carian pada google. Saya tidak akan sentuh cara detail berkenaan xampp dan ape fungsi-fungsinya. Anda boleh buat carian sendiri untuk mengetahui fungsinya.
p/s : Segala apa yang dikongsikan adalah sebahagian ilmu yang cetek daripada penulis sebagai perkongsian bersama. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan mohon dibetulkan di ruangan komen supaya boleh penulis dikemaskini penulisan ini. Terima kasih.



{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment